lee zii jia
Gambar via BAM

Lee Zii Jia Juara BAC, Tundukkan Indonesia Di Final

Nur Adnin

Pemain badminton negara, Lee Zii Jia merangkul juara dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) hari ini setelah berjaya menumpaskan Indonesia sebentar tadi.

Menurut laporan ringkas Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lee Zii Jia menumpaskan lawannya, Jonatan Christie dengan kedudukan 21-17 dan 23-21.

“Inilah kemenangannya. Zii Jia mengakhiri penantian enam tahun Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki di BAC dengan karier kelimanya dengan menewaskan Christie. Tahniah Jia!” maklum BAM di Twitter.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BAM