Setelah lebih 10 tahun menghilang, seorang wanita akhirnya bersatu kembali dengan kucingnya.
Berperanan untuk memuat naik mengenai beberapa ekor kucing yang telah sampai ke tempat perlindungan mereka, momen tersebut telah dikongsikan oleh Tooele City Animal Shelter di Facebook dan mendapat perhatian ramai. Mereka dipercayai mengimbas kucing untuk mendapatkan mikrocip dengan harapan dapat menemui keluarga mereka.
Menerusi kiriman tersebut, pusat perlindungan itu menghubungi keluarga tersebut setelah mereka menemui mikrocip yang berdaftar pada kucing itu.
“Mereka memberitahu bahawa anaknya pernah mempunyai kucing yang hilang namun ia merupakan 10 tahun yang lalu,” kata kenyataan dalam kiriman tersebut.
Keluarga itu datang ke pusat perlindungan tersebut untuk melihat kucing itu dan mengenalinya serta menghubungi anak perempuannya.
“Dia tahu bahawa ia merupakan kucingnya yang hilang semasa dirinya masih kecil. Dia gemuruh sepanjang proses mengambil semula haiwan tersebut,” kata kenyataan tersebut.
Kucing yang dikenali sebagai Mocha itu hilang semasa wanita tersebut bersekolah tinggi. Puas dia mencari kucingnya dimana-mana namun tidak dapat menemuinya.
Pusat perlindungan itu berkongsi kiriman tersebut untuk menggalakkan pemilik haiwan untuk membuat mikrocip terhadap haiwan kesayangan mereka dan sesiapa yang menjumpai kucing jalanan untuk membawa mereka ke pusat perlindungan agar haiwan tersebut mempunyai peluang untuk bertemu dengan pemiliknya.
Sumber: Hindustan Times