Lebih Praktikal, Ini Cara Angkat Pesakit Berbadan Besar Ke Atas Kerusi
Menjaga insan yang sakit bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.
Lebih-lebih lagi jika insan yang sedang dijaga itu tidak mampu berdiri mahupun bergerak. Sudah tentunya, penjagaan makan dan minum serta perkara lain perlu diuruskan semua sendiri oleh kita.
Kebiasaannya, adik-beradik atau sanak-saudara terdekat bakal menjadi tulang belakang dalam menguruskan keperluan harian mereka.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, berlaku perkara di luar jangkaan kita seperti insan yang dijaga jatuh atau berada di tempat yang tidak sepatutnya.
Pastinya ia memerlukan bantuan orang lain untuk mengangkat mereka ke atas kerusi atau katil. Apatah lagi, jika insan tersebut lebih tua atau berbadan lebih besar.
Sebenarnya, terdapat langkah atau cara mudah untuk anda mengangkat orang sakit ke atas kerusi seorang diri sahaja tanpa bantuan.
Oleh itu, tanpa membuang masa anda, mari kita ikuti perkongsian yang penuh bermanfaat di bawah.
Cara Angkat Pesakit Atas Kerusi Seorang Diri
Menerusi perkongsian rakaman seorang warganet, yamayurinosato di platform Instagram menunjukkan satu seminar, Raku Waza RX-gumi yang dikutinya. Difahamkan program tersebut diadakan di Shosuien di Bandar Gojo, Wilayah Nara, Jepun.
Dalam hantaran tersebut mendedahkan cara mudah mengangkat orang sakit ke atas kerusi tanpa sebarang peralatan atau bantuan orang.
“Seminar Raku Waza RX-gumi diadakan di Shosuien di Bandar Gojo, Wilayah Nara.
“Jika menggunakan teknik yang tepat, anda juga boleh mengangkat seseorang yang bertubuh besar di atas lantai.
“Banyak yang boleh dipelajari. Terima kasih Encik Aoyama!” tulisnya di platform media sosial tersebut.
Cara Mudah Mengangkat Pesakit
Dalam rakaman tersebut menunjukkan simulasi mengangkat orang yang tidak bermaya ke atas kerusi dengan mudah.
Berikut langkah mudah angkat pesakit atas kerusi;
Langkah pertama, pastikan ‘insan tersebut berada dalam kedudukan ‘duduk’.
Gambar: Instagram @yamayurinosatoLangkah kedua, anda perlu duduk di bahagian sisi pesakit, dan silangkan sebelah kaki anda di belakangnya. Manakala, sebelah lagi kaki silangkan pada bawah kedua-dua lutut pesakit.
Langkah ketiga, angkat perlahan-lahan mereka pada atas peha anda. Pastikan sebelah kaki anda berada di bawah lutut kaki anda dan sebelah lagi berada dalam keadaan lurus.
Gambar: Instagram @yamayurinosatoLangkah keempat, angkat perlahan-lahan pesakit menggunakan lutut anda sebagai ‘pendukung’. Barulah badan mereka mudah diangkat.
Gambar: Instagram @yamayurinosatoLangkah kelima, pastikan kerusi berada bersebelahan untuk memudahkan proses meletakkan mereka.
Gambar: Instagram @yamayurinosatoSementara itu, rata-rata warga maya berpendapat bahawa perkongsian simulasi itu sangat berguna.
Sebahagian mereka berpendapat bahawa cara tersebut boleh diaplikasikan terhadap ahli keluarga ketika sakit. Lebih-lebih lagi ia sangat praktikal dan tidak memerlukan pelbagai peralatan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Instagram @yamayurinosato