Menu berasaskan daging memang sedap. Macam-macam resepi ada, sup daging, tomyam daging, paprik daging, daging masak kicap. Namun lecehnya, tiap kali hendak masak sendiri, ada saja masalah menghirisnya.
Mungkin keadaan daging itu yang lembut menyebabkan sukar untuk memegang ketika hendak menghiris. Namun jangan risau kerana seorang wanita ada berkongsikan tips untuk menghiris daging dengan lebih mudah.
Hari ni saya nak kongsikan tips untuk menghiris daging. Cara ni lebih memudahkan bagi kita.
1. Bersihkan daging yang dibeli.
2. Letakkan dalam penapis untuk toskan air basuhan tadi.
3. Masukkan dalam bahagian peti sejuk beku kira-kira setengah jam.
4. Selepas itu keluarkan daging dari peti sejuk.
5. Letakkan daging pada kayu pemotong .
6. Kemudian hirislah daging tersebut mengikut jalur melintang daging tersebut.
Okeylah itu saja #tipsrosie untuk hari ni. Bye gais.
Semoga Bermanfaat!
Sumber : Rosie Zam