Seorang lelaki berusia 91 tahun terkejut dan gembira apabila mengetahui bahawa seseorang telah mengembalikan dompetnya yang telah hilang lebih dari lima dekad yang lalu di Antartika, lapor Indian Express.
Ahli meteorologi Tentera Laut AS, Paul Grisham, menghabiskan waktu selama setahun untuk memantau keadaan cuaca di benua dingin itu pada tahun 1967.
Dia bekerja sebagai peramal cuaca untuk stesen sains dan lapangan terbang di Pulau Ross.
Namun, setelah 13 bulan ketika kembali ke California, dia baru menyedari bahawa dompetnya telah hilang.
Setelah 53 tahun berlalu, dompetnya telah ditemui oleh Stephen Decato yang bekerja untuk sebuah agensi yang melakukan penyelidikan topi salji di Antartika dan Bruce McKee yang bekerja di yayasan Indiana Spirit of 45.
Dua dompet itu ditemui di belakang loker semasa pembongkaran sebuah bangunan di Stesen McMurdo iaitu bandar paling selatan di bumi.
McKee menghubungi Persatuan Perkhidmatan Cuaca Angkatan Laut untuk mendapatkan bantuan mencari pemilik dompet.
Mujurlah Grisham juga merupakan ahli yayasan tersebut yang membantu dalam proses perjumpaan itu.
Menerusi laporan Raw Story, dompet yang dijumpai itu masih mengandungi kad pengenalan Tentera Laut Grisham, lesen memandu dan penyataan pemotongan cukai.
Grisham mengatakan bahawa dia tidak ingat kehilangan dompetnya di benua itu namun berterima kasih atas usaha yang dilakukan untuk mengembalikan barang itu.
Sumber: Indian Express