Jangkitan koronavirus membawa maut yang telah menular di seluruh China dan lebih 27 negara dan wilayah yang pertama kali dikenal pasti di bandar Wuhan, wilayah Hubei, mempunyai populasi seramai 11 juta penduduk.
Wenjun Wang adalah antara salah seorang penduduk bandar Wuhan, Wang seorang suri rumah berusia 33 tahun, dan tinggal bersama keluarganya di bandar itu sejak ia di tutup. Virus itu telah menjangkiti lebih daripada 20,000 orang di seluruh dunia, menyebabkan 427 kematian.
Dalam wawancara yang jarang berlaku di Wuhan, Wang memberitahu BBC mengenai perjuangan dia dan keluarganya untuk meneruskan hidup. Sejak wabak koronavirus muncul, salah seorang pakciknya telah meninggal dunia, bapanya dalam keadaan kritikal, ibu dan makcik beliau mula menunjukkan beberapa gejala.
Pemeriksaan CT Scan menunjukkan paru-paru mereka dijangkiti. Abang kandung Wang juga mempunyai batuk dan kesukaran bernafas. Bapanya demam dan mempunyai suhu yang tinggi 39.3C (102F) sentiasa batuk dan mengalami kesukaran bernafas.
Beliau membeli mesin oksigen di rumah dan dia bergantung pada mesin itu selama dua puluh empat jam sehari. Wabak ini Dia mengambil kedua-dua ubat Cina dan Barat pada masa ini. Tiada hospital yang menerima untuk dia pergi kerana kesnya belum disahkan kerana kekurangan kit ujian.
Ibu dan makcik beliau pergi ke hospital setiap hari dengan harapan untuk mendapatkan bilik untuk bapanya walaupun kesihatan mereka semakin merudum. Tetapi tetap tiada hospital ingin mengambil mereka.
Tiada siapa ingin membantu
Di Wuhan, tiada siapa yang ingin membantu walaupun terdapat banyak tempat kuarantin untuk menampung pesakit yang mempunyai simptom kecil atau masih dalam tempoh inkubasi. Beberapa kemudahan asas yang boleh digunakan di sana. Tetapi tetap tiada tempat untuk orang yang sakit kritikal seperti bapanya.
Bandar Wuhan di kuarantin
Pakciknya meninggal dunia di salah satu tempat kuarantin kerana tiada kemudahan rawatan untuk orang yang mengalami simptom tersebut. Wang benar-benar berharap agar bapanya boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya tetapi tetap tiada yang berhubung atau membantu Wang pada masa ini. Wang ada berhubung dengan pekerja komuniti beberapa kali, tetapi respon yang beliau dapat ialah, ‘tiada harapan untuk mendapatkan katil di hospital’.

Wang berfikir tempat kuarantin ayah dan pakcik saya pergi adalah hospital pada mulanya, tetapi ternyata hotel. Tiada jururawat atau doktor dan tiada pemanas.
Mereka pergi pada waktu petang dan kakitangan di sana menghidangkan mereka makan malam yang sejuk pada petang itu. Pakciknya sangat tenat dengan pernafasan yang teruk dan mula nazak. Tiada doktor datang untuk merawatnya. Pakcik dan bapanya tinggal di bilik berasingan dan ketika bapanya melawat pada pukul 06.30 pagi, dia sudah meninggal dunia.
Kami lebih suka mati di rumah daripada di kuarantin
Populasi yang dijangkiti adalah besar. Ramai keluarga seperti Wang, mempunyai masalah yang sama.Bapa kawan Wang juga ditolak oleh kakitangan kuarantin kerana dia mempunyai suhu badan yang tinggi. Tempat adalah terhad tetapi penduduk yang dijangkiti dalam kuantiti yang besar.
Pesanan Wang kepada dunia
‘Apa yang saya ingin katakan ialah, jika saya tahu mereka akan menutup bandar pada 23 Januari, saya pasti akan membawa keluarga saya keluar dari bandar, kerana tiada bantuan di sini. Jika kami berada di tempat lain, mungkin ada harapan. Saya tidak tahu sama ada orang seperti kami mendapat perhatian daripada kerajaan atau tidak, adakah dengan menutup bandar mempunyai adalah keputusan yang betul.
‘Sunyi adalah mengerikan’: Diari kehidupan terkurung. Patutkah kita bimbang? Adakah dengan peemakaian topeng boleh menghentikan penyebaran virus? Tetapi saya fikir kematian pakcik saya telah menjawab soalan itu’ ujarnya.

Sumber : BBC