Gambar via Bernama

Lebih 99% Kes COVID-19 Hari Ini Terdiri Dari Kategori 1 & 2 – Noor Hisham

Eyla Azri

Hari ini, kes positif COVID-19 di Malaysia dilaporkan melonjak sehingga 17,134 kes, seperti yang dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Kes harian yang dicatatkan sejak kebelakangan ini menunjukkan trend peningkatan. Namun menurut Noor Hisham, 99.5 peratus daripada angka tersebut adalah daripada kategori satu dan dua.

“Daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 86 kes (0.5 peratus) kategori tiga, empat dan lima. 17,048 kes (99.5 peratus) kategori satu dan dua,” jelas Noor Hisham dalam hantaran di laman sosial rasmi.

Memetik hantaran sama, pecahan kes COVID-19 setakat hari ini mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori 1 – 4,722 kes (27.56 peratus)

  • Kategori 2 – 12,326 kes (71.94 peratus)

  • Kategori 3 – 58 kes (0.34 peratus)

  • Kategori 4 – 24 kes (0.14 peratus)

  • Kategori 5 – 4 kes (0.02 peratus)

Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kes dalam kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, manakala kategori empat melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen.

Sementara itu, kes COVID-19 dalam kategori lima membabitkan kelompok kritikal, organ rosak dan memerlukan bantuan ventilator.

Sumber: DG Hisham