
Lebih 80 peratus kawasan mencari dan menyelamat (SAR) digali dan diperiksa, sembilan lagi mangsa dikhuatiri tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata demikian selepas menjalankan operasi SAR bagi smebilan lagi mangsa yang hilang pada hari keempat.
Sebelum ini, media melaporkan SAR berdepan keadaan sukar ekoran situasi semasa kawasan tapak bencana di tanah perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya.
Ujar Norazam Khamis, pasukan penyelamat berdepan keadaan sukar berikutan tanah lembik dan lecak yang berkedalaman kira-kira 16 meter.
Sumber: BERNAMA