BESUT, 29 Okt (Bernama) — Lebih 80 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di sini rosak akibat ribut dan hujan lebat yang melanda petang semalam.
Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Asbi Salleh berkata kejadian yang berlaku menjelang waktu Maghrib itu menyebabkan bumbung beberapa rumah serta premis perniagaan di enam buah kampung di sini, diterbangkan ribut.
Beliau yang ditemui ketika melawat beberapa rumah mangsa ribut di Kampung Lay Out Tok Saboh hari ini berkata, kerajaan negeri akan berusaha membantu membaiki bumbung beberapa rumah penduduk kampung yang terjejas akibat kejadian.
“Ketika kejadian saya bersama ibu dan tiga adik berada di dalam rumah apabila hujan lebat diikuti angin puting beliung yang membadai rumah kami.
“Tiba-tiba bunyi kuat di bahagian atap rumah dan saya mendapati kesemua bumbung tercabut lalu saya melaungkan azan sebelum kami lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” tambahnya.
Sumber: BERNAMA