Umum telah mengetahui bahawa wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini telah banyak memberi kesan kepada ramai orang.
Ada yang kalau sebelum ini hidup senang dan bersederhana, kini nampak terdesak kerana dibebani dengan pelbagai hutang.
Selain daripada itu, wabak pandemik ini telah banyak membuatkan orang ramai hilang pekerjaan dan terputus rezeki.
Walaupun begitu, kehadiran produk suplemen 4 dalam 1, Eskayvie Diffenz keluaran syarikat bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd yang baru sahaja dilancarkan pada awal tahun ini bukan hanya dilihat sebagai cara ikhtiar menguatkan sistem imun badan, malahan ianya juga turut boleh membuka rezeki kepada ramai orang untuk menjana pendapatan.
Khasiat yang terdapat dalam Cendawan Susu Harimau yang juga merupakan salah satu ramuan penting produk Eskayvie Diffenz membuatkan ramai pengguna mula berkongsikan kebaikan dan kesan yang diperolehi.


Ekoran daripada itu, peluang perniagaan khususnya mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan susulan pelbagai sektor tidak dibenarkan beroperasi secara tidak langsung terbuka.
Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd, Kartika Wati Mohamed berkata, produk Eskayvie ini bukan sahaja selamat digunakan, bahkan ianya turut diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Tak hanya itu, ianya turut mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Kita juga buka ruang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tanpa modal, tanpa perlu simpan stok dan tanpa perlu menguruskan penghantaran barangan.
“Latihan jualan dan pemasaran diberikan secara percuma bagi membantu usahawan baru mencapai jualan sekurang-kurangya RM1,000 dalam masa tujuh hari.
“Perniagaan ini boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu memiliki kedai. Sehingga Ogos lalu, seramai 7000 usahawan telah dibantu dan ramai dari mereka telah berjaya meraih pendapatan bersih lima angka sebulan,” kata Kartika Wati.
Tambahnya lagi, ramai diantara mereka yang dalam kalangan hilang pekerjaan serta sumber pendapatan dan ada yang mencari peluang untuk menaik taraf kehidupan telah merebut peluang untuk menjadi wakil pengedar produk Eskayvie ini.
“Di antaranya termasuklah Puan Nurshirley Kamalia Abdullah, 42, bergelar ibu kepada dua anak yang terpaksa menutup perniagaan kereta sewa yang diusahakan lebih 15 tahun akibat pandemik sehingga hilang punca pendapatan.
“Pantang menyerah kepada keadaan, dia menyertai Eskayvie Nexus untuk meneruskan kehidupan bagi menampung kerugian besar yang dialami.
“Namun kini, dia mampu membuat jualan sehingga RM550,000 sebulan dengan hanya menjadi wakil pengedar produk kami,” katanya.
Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember 2021 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik sekaligus keluar daripada kemelut ekonomi ini.
“Kita Ikhtiar untuk kesihatan diri dan bantu ekonomi keluarga.
“Boleh layari www.eskayvie.com atau www.diffenz.com untuk maklumat lanjut,” katanya.