PUTRAJAYA, 6 Nov – Seramai lebih 500 bekas tentera dan polis serta orang asli akan ‘dipanggil’ berkhidmat untuk menjaga keselamatan hutan, umum Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Bagi mengawal biodiversiti kawasan hutan dan pemburuan haram, kerajaan akan memperkasa program perlindungan dan rondaan biodiversiti dengan pengambilan lebih 500 bekas tentera dan polis serta orang asli untuk menjalankan aktiviti rondaan.
“Bagi tujuan ini, sebanyak RM200 juta diperuntukkan,” katanya dalam sidang pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.
Dalam pada itu, beberapa inisiatif lain dalam usaha memelihara khazanah alam negara turut akan dilaksanakan kerajaan.
“RM50 juta untuk menangani isu sampah dan sisa pepejal yang terperangkap di sungai.
“Kedua, RM40 juta dalam tempoh lima tahun bagi mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan aktiviti pemantauan kualiti alam sekitar antaranya untuk mewujudkan 30 stesen pemantauan di seluruh negara
“Ketiga, RM10 juta disediakan bagi melaksanakn program Integrated Island With Management di sekitar pulau di Johor dan di Terengganu bagi mengurangkan kesan kemusnahan terumbu karang dan hidupan marin,” tambahnya lagi.
Jelasnya, program tersebut melibatkan kolaborasi pihak UNDP kerajaan negeri dan sektor swasta.
Seterusnya, kerajaan akan turut meningkatkan peruntukan di bawah pemberian TAHAP kepada semua kerajaan negeri daripada RM350 juta kepada RM400 juta.
“Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM70 juta juga diperuntukkan bagi tujuan aktiviti ecological physical transfer sebagai inisiatif tambahan kepada kerajaan negeri untuk menjamin kelestarian biodiversiti negara.
“Kelima, melaksanakan program penanaman pokok bakau bagi memelihara kawasan paya bakau serta spesies pokok lain di persisiran pantai, antaranya di Tanjung Piai, Johor dan Kuala Sepetang, Perak.” katanya lagi.
Sumber: RTM