Lebih 36 Bangunan Hangus Dijilat Api, Remaja 16 Tahun Dipercayai Jadi Punca Kebakaran Ditahan

Sofea

Seorang remaja lelaki ditahan kerana dipercayai sengaja melakukan kebakaran hutan sehingga memusnahkan 36 bangunan di Queensland, Australia.

Kebakaran itu juga dikatakan penyebab 14 buah rumah hangus dijilat api bermula pada 1.3o petang di Cobraball dan merebak ke kawasan Bungundarra, Adelaide Park, Maryville, dan Lake Mary pada Sabtu lalu.

Menurut pesuruhjaya polis, Gollschewski, remaja itu tidak akan didakwa atas tuduhan menyebabkan kebakaran namun akan didakwa di bawah akta keadilan belia.

Gollschewski juga memuji pasukan bomba yang berusaha memadamkan kebakaran dan bersyukur kerana kebakaran itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa penduduk.

Kebakaran di Cobraball masih lagi tidak reda dan dipercayai 70 kebakaran sedang berlaku di negeri tersebut semenjak bermulanya krisis itu pada Sabtu lalu.

Sementara itu, semua penduduk diarahkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Pegawai kesihatan juga menasihatkan penduduk yang terselamat daripada kebakaran itu untuk tetap berada di dalam rumah kerana kualiti udara yang tidak baik disebabkan oleh penyebaran asap kebakaran.

Sumber: Daily Mail