Pada minggu ke-16 pada tahun 2020, sebanyak 1,172 kes Denggi telah dilaporkan dimana jumlah itu meningkat 4.5% berbanding minggu lalu. Secara keseluruhan, jumlah kes yang telah dilaporkan adalah sebanyak 37,701 daripada 29 Disember 2019 sehingga 8 April 2020.
Tiga kes denggi dilaporkan pada minggu ke-16 dengan jumlah keseluruhan 63 kes kematian berbanding 65 kes kematian pada minggu yang sama pada tahun 2019.
Manakala, lapan (8) kes Chikungunya dilaporkan pada minggu ke-16 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 417 kes daripada 29 Disember 2019 sehingga 18 April 2020.





Bagi penyaki Zika, berdasarkan pemantuan yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) didapati sebanyak 620 sample darah dan 9 sampel urin pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan Zika adalah negatif. Tiada kes positif dilaporkan dari 29 Disember 2019 sehingga 18 April 2020.
Sumber: CPRC Kebangsaan Malaysia