Lebih 30 Tahun Teroka Cakerawala, Ini Antara Imej Menarik Dirakam Teleskop Angkasa Hubble
Bakal expired beberapa tahun lagi, ini koleksi imej menakjubkan yang pernah dirakam Teleskop Angkasa Hubble.
Sejak beberapa hari lalu dunia ‘dihidangkan’ dengan himpunan imej cakerawala yang telah berjaya dirakam oleh teleskop angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) yang dikenali sebagai James Webb. Rakaman itu memperlihatkan dimensi baharu dalam ‘pencerapan’ yang lebih beresolusi tinggi berbanding sebelum ini.
Ketika orang ramai sedang hangat memperkatakan mengenai teleskop terbaru itu, jangan pula dilupa pada ‘perintisnya’ yang telah ‘berkhidmat’ sejak lebih 30 tahun yang lalu iaitu Teleskop Angkasa Hubble.
Pertama kali dibina pada tahun 1940-an, Hubble pada awalnya dipanggil sebagai Teleskop Angkasa Besar. Menurut NASA, perancangan dan penyelidikan untuk membina teleskop itu mengambil masa selama berdekad-dekad sebelum dilancarkan pada 24 April 1990.
Sejak dilancarkan, Hubble telah melakukan pelbagai pemerhatian sains yang telah merevolusikan manusia dan memberikan pemahaman tentang alam semesta.
Seperti yang dinyatakan oleh NASA, Hubble telah ‘mencerap’ pelbagai penemuan menakjubkan yang melibatkan komet, galaksi, bintang dan banyak lagi.
Berikut merupakan antara beberapa imej yang pernah dirakam oleh Hubble:
Galaxy NGC 2525
Gambar: EsaHubbleGalaxies galore
Gambar: EsaHubbleFomalhaut dan Fomalhaut B
Gambar: EsaHubbleMedan carian planet luar suria Hubble dalam Sagitarius
Gambar: EsaHubbleTapestry of Blazing Starbirth
Gambar: EsaHubbleHorsehead nebula
Gambar: EsaHubbleGelombang NGC 1275
Gambar: EsaHubbleLohong hitam besar di NGC 5548
Gambar: EsaHubbleMusytari dan Europa pada Ogos 2020
Gambar: EsaHubbleKomet NEOWISE
Gambar: EsaHubbleWesterlund 2
Gambar: EsaHubbleGlobular cluster 47 Tucanae
Gambar: EsaHubbleAG Carinae
Gambar: EsaHubbleRS Puppis
Gambar: EsaHubbleBintang V838 Monocerotis
Gambar: EsaHubblePillars of creation
Gambar: EsaHubbleUntuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar yang menarik, klik DISINI.
Walaupun munculnya James Webb, Hubble masih lagi berada berada di angkasa dan meneruskan ‘khidmatnya’. Malah, ia juga dipercayai akan terus beroperasi sehingga tahun 2030 atau 2040.
Bagaimanapun, teleskop itu sudah melepasi jangka hayat 15 tahun, jadi sebarang ‘masa tambahan’ hanya akan meletakkan ‘nyawanya berada di hujung tanduk’.
BACA: Bagai ‘Alam Fantasi’, Teleskop James Webb NASA Dedah Gambar Terkini Alam Semesta
Sumber: Esa Hubble, NASA, Screen Rant, MIT Technology Review