
Terkini, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 2,000 kematian akibat wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Menurut rekod yang dilaporkan oleh Johns Hopkins Unversity, jumlah ini telah direkodkan dalam tiga hari berturut-turut.
Sehingga hari ini, seramai 62, 902 mangsa korban di Amerika. Semua sedia maklum bahawa negara tersebut paling teruk dilanda wabak Covid-19 dan melebihi catatan daripada China dan Itali.
Menurut AFP, kerajaan New York sedang menyiasat rumah mayat apabila mereka menemukan mayat di dalam sebuah trak di U-Haul. Penemuan yang mengerikan itu disedari setelah penduduk di kawasan sekitar terhidu bau busuk dari kenderaan tersebut.
Sumber: AFP NEWS