Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua rumah tangga perlu memastikan keperluan bagi tanggungannya ditunaikan. Disebabkan itu, mereka perlu bekerja keras bagi menyempurnakan keinginan isteri dan anak mereka.
Pun begitu, masih ramai golongan isteri yang mengeluh sekiranya permintaannya tidak ditunaikan malah turut memarahi suaminya. Bukan begitu sahaja, sikap anak yang mengasari bapanya kerana tidak membelikan apa yang diinginkan juga dianggap sebagai perkara yang tidak patut dilakukan.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki melalui laman Facebook Prii Amijaya, digambarkan mengenai pengorbanan sebagai seorang ketua rumah yang berusaha untuk memastikan keluarganya bahagia.
Tiada ketua keluarga yang tak mahu melihat keluarganya bahagia
Sebagai seorang ketua keluarga, pastinya dia akan bertungkus-lumus bagi memastikan keluarganya bahagia. Namun sedarkah kita mengenai pengorbanan yang mereka lakukan?



Walau apapun pekerjaan yang dilakukan oleh ketua bapa, sebagai seorang isteri dan anak perlulah sentiasa menghargainya usahanya. Sikap memarahi golongan ini adalah seperti tidak mengenang penat lelah yang mereka telah usahakan untuk membahagiakan ahli keluarganya.
Sumber: Prii Amijaya