Selepas Filipina mengesahkan kes wabak African Swine Fever (ASF), kini lebih 1,000 ekor babi di Indonesia pula dilaporkan mati dalam keadaan misteri.
Babi yang dilaporkan mati pada 31 Januari lalu disahkan mempunyai simptom seakan ASF iaitu demam panas, muntah dan cirit birit.
Sampel darah dari bangkai haiwan berkenaan telah diambil untuk ujikaji bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.
Menurut laporan, sekurang-kurangnya 30,000 ekor babi di Sumatra Utara mati sejak penularan wabak ASF pada Disember lalu.
“Ini peristiwa yang luar biasa, memberi kesan kepada peladang dan pengguna,” kata Ketut Hari Suyasa, pengerusi Persatuan Penternak Babi Indonesia.
Sebelum ini, sebanyak 1,000 ekor babi mati akibat ASF di Filipina hingga menyebabkan jual beli melibatkan haiwan berkenaan dihentikan buat sementara.
Kredit: Tribun Bali
Kredit: Tribun BaliSumber: ABC.net