Lawat Zoo, Anwar
Kredit: Anwar Ibrahim

Lawat Zoo, Anwar Seloroh Mahu Lihat Binatang Disebut Di Parlimen

Iqbal Yasir

Lawat Zoo, Anwar Seloroh Mahu Lihat Binatang Disebut Di Parlimen

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas mengadakan lawatan ke sebuah zoo pada Isnin. 

Dalam perkongsian video berkenaan, beliau berseloroh meninjau binatang-binatang di zoo itu memandangkan nama-nama haiwan kerap menjadi sebutan di Parlimen.

"Berat betul cabaran di Parlimen kebelakangan ini, nama binatang kerap benar disebut.

"Jadi semalam saya masuk zoo jalan-jalan dengan para pengunjung lain, sekadar meninjau binatang-binatang yang disebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan terhibur dengan kenyataan berunsur jenaka itu. 

Dalam klip berkenaan juga, Anwar sempat beramah mesra termasuk bergambar dengan pengunjung di Zoo.