Atlet Para Olahraga, Abdul Latif Romly dilaporkan telah menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW), hari ini.
Menurut perkongsian Majlis Sukan Negara (MSN), penganugerahan pingat itu kepada Latif membawa gelaran ‘Datuk’.
“Tahniah!!! Datuk Latif Romly. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’,” kata MSN.
Latif Romly telah mempamerkan aksi yang cemerlang pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara akhir lompat jauh (T20).
Tidak cuma itu, atlet berusia 25 tahun itu turut memenangi pingat emas di Paralimpik Rio pada tahun 2016 dan merupakan pemegang rekod dunia bagi lompatan sejauh 7.64 meter di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Latif Romly, semoga terus bersinar di arena antarabangsa dan membanggakan rakyat Malaysia!
Sumber: MSNMALAYSIA