Laporan ‘Mengejutkan’ Ekonomi Malaysia Menjelang 2035 – Media Antarabangsa
Satu laporan terkini daripada media antarabangsa telah mendedahkan unjuran ekonomi yang cukup mengejutkan berkaitan masa depan Malaysia.
Menurut laporan tersebut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia pada tahun 2024 berada pada tahap yang setara dengan pencapaian Taiwan sekitar tahun 2012.
Ini menunjukkan betapa pesatnya lonjakan ekonomi negara dalam tempoh sedekad kebelakangan ini.
Justeru, sekiranya trend pertumbuhan ini kekal kukuh, Malaysia dijangka semakin hampir dan seterusnya melepasi pencapaian ekonomi per kapita Jepun dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Pertumbuhan pesat ini didorong oleh beberapa faktor utama termasuk perkembangan sektor teknologi, pembuatan dan perkhidmatan.
Tambahan pula, Malaysia turut mendapat manfaat daripada populasi muda yang produktif serta peningkatan pelaburan asing langsung (FDI). Selain itu, industri teknologi negara juga menunjukkan pertumbuhan yang semakin memberangsangkan.
Manakala di sisi lain, Jepun dilihat berdepan cabaran besar seperti pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan isu populasi menua yang semakin membimbangkan.
Kedua-dua faktor ini dilihat menghambat potensi pertumbuhan ekonomi negara matahari terbit itu, sekali gus membuka ruang kepada Malaysia untuk mencabar kedudukannya di rantau ini.
Kerajaan Malaysia juga dilaporkan giat memperkukuh ekonomi negara menerusi pelaburan dalam transformasi digital, teknologi hijau dan pemerkasaan tenaga kerja.
Langkah-langkah strategik ini bertujuan melonjakkan pendapatan negara dan menambah baik taraf hidup rakyat, sambil menjadikan Malaysia antara pemain utama ekonomi Asia dalam dekad akan datang.
Jika ini berkekalan, kemungkinan untuk Malaysia mengatasi Jepun dari segi KDNK per kapita menjelang 2035 semakin hampir menjadi kenyataan.
BACA: Ini Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dengan Indonesia – Media Indonesia
BACA: Guna Teleskop Dari Rumah, Lelaki Berjaya Rakam Gambar “Dolphin Head Nebula”
Sumber: IG @seasia.news