Kredit: Bernama

Lapor Pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Kepada Pihak Berkuasa

Amira

Putrajaya, 18 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan kepada pihak berkuasa.

“Sila laporkan sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan ke Bilik Gerakan KDN ataupun mana-mana balai polis terdekat,” tulis kenyataan tersebut.

Perintah tersebut berkuatkuasa bermula hari ini sehingga 31 Mac akan datang bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Malaysia menjadi negara ASEAN dengan kes COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 790 kes dengan dua kematian.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri