
Lapan Negeri Diramal Hujan Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan. Manakala seluruh kawasan di Perlis dijangka hujan.
“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap. Di Perak pula termasuk Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta.
“Selain itu, di Terengganu, hanya dua daerah sahaja, iaitu Dungun dan Kemaman. Di Pahang, hanya daera Kuantan diramal hujan.
“Sementara itu Mersing dan Kota Tinggi antara daerah yang dijangka hujan di Johor.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Telang Usan). Bagi Sabah pula, ia melibatkan kawasan Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia