
Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 10 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
Manakala seluruh WP Kuala Lumpur dan WP Labuan juga diramal hujan hingga malam ini.
“Bagi negeri Kedah, beberapa daerah diramal hujan seperti Baling, Kulim dan Bandar Baharu selain Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
“Di Perak, daerah yang terlibat adalahKerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula termasuk Tanah Tinggi Cameron dan Maran.
“Beralih ke Selangor, antara lokasi yang diramal hujan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling. Sementara itu di Johor, melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Bagi Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia