negeri hujan malam ini
Gambar: Bernama

Lapan Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir

Lapan Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat ialah beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Manakala di seluruh kawasan di negeri Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka hujan malam ini.

“Di Perak, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Sementara di Kelantan hanya di daerah Gua Musang.

“Bagi negeri Terengganu, kawasan yang diramal hujan adalah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, beberapa daerah di Selangor juga dijangka hujan seperti Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Manakala daerah Jelebu dan Jempol juga diramal hujan di Negeri Sembilan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Lundu dan Kuching), Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Tol Percuma Di EKVE Bermula Esok Hingga 30 September – PM Anwar