Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengumumkan bahawa terdapat sebanyak 38 kes Covid-19 baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengahari hari ini.
Bagi pecahan kes mengikut negeri, KKM memaklumkan bahawa tiada kes positif baharu di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan WP Labuan.
Pun begitu, terdapat beberapa negeri yang mencatatkan pertambahan kes iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Sumber: KKMPutrajaya