Lapan Kegunaan Lain Pelembut Kain Yang Boleh Buatkan Kerja Mengemas Jadi Lebih Mudah

Nurul Najiha

Pelembut kain adalah satu produk yang mudah untuk di dapati. Selain itu, dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan lainnya. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kegunaan lain bagi cecair pelembut kain. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda beberapa cara untuk kegunaan di rumah hanya dengan menggunakan pelembut kain.

  • Membersihkan kuali yang hampir hangus.

Kesan hangus pada kuali tidak muda untuk di cuci. Anda boleh menggunakan pelembut kain untuk menghilangkannya. Caranya, anda perlu rendam kuali anda dengan sedikit pelembut kain yang telah dilarutkan bersama dalam air suam. Kemudian, biarkan semalaman.

  • Membersihkan perabut kayu.

Pelembut kain yang digunakan atas permukaan kayu dapat menghilangkan kekotoran dengan lembut tanpa merosakkan permukaannya. Tambahan pula, pelembut kain akan meninggalkan aroma yang segar.

  • Dapat melepaskan pelekat dengan mudah.

Pelekat yang terdapat pada permukaan kaca adalah kekal dan sukar untuk ditanggalkan. Oleh itu, pelembut kain yang telah dicampurkan dengan air dapat membantu menanggalkan pelekat lama yang berada pada permukaan kaca.

  • Menghilangkan noda air di bilik air.

Anda tidak dapat menghilangkan noda air di bilik air hanya dengan menggunakan air sahaja. Anda perlu mencampurkan setengah cawan pelembut kain dengan setengah cawan air suam dan sembut kepada permukaan. Kemudian, lap dengan span dan biarkan dia kering.

  • Menyegarkan tirai.

Anda boleh membuat penyegar anda sendiri. Caranya, anda perlu tambahkan pelembut kain dengan setengah sudu soda penaik yang telah dicampurkan dengan air dan dimasukkan ke dalam botol penyembur.

  • Menggugurkan rambut anak patung.

Jika rambut anak patung anak anda sudah tidak elok. Jangan terus di buang. Anda boleh menggunakan pelembut kain pada rambut anak patung. Caranya, rendam rambut anak patung di dalam ait yang telah di tambah dengan pelembut kain. Biarkan selama beberapa minit.

  • Membuat permaidani baru anda terasa lebih lembut.

Untuk menjadikan permaidani baru anda lebih selesa dan lembut. Anda boleh mencampurkan air panas dengan pelembut kain. Kemudian, sembur ke atas permaidani. Biarkan selama, beberapa dan basuh menggunakan pembersih karpet wap. Anda perlu mencucinya dengan baik jika mempunyai anak kecil atau haiwan periharaan.

  • Membuat semburan anti nyamuk.

Anda boleh membuat semburan untuk menjauhi nyamuk anda sendiri. Caranya, campurkannya dengan sedikit baking soda dan air ke penghalau nyamuk buatan anda sendiri. Semburan nyamuk yang anda buat akan meninggalkan aroma yang lebih segar berbanding dengan semburan nyamuk yang anda beli di kedai.

Sumber: Brightside.me