
Langkawi Diundi Top 2 Dalam “Top Island In Asia 2025”
Percutian sememangnya suatu perkara yang disukai oleh semua orang tanpa mengenal usia. Lebih-lebih lagi apabila kita dapat bercuti sama ada bersama keluarga tercinta, sanak-saudara ataupun rakan taulan.
Boleh dikatakan, bercuti umpama “short escape” yang dapat membantu individu lari daripada kesibukan rutin harian.
Tak kiralah sama ada bercuti di dalam mahupun luar negara atau di kawasan bandar mahupun desa, dengan bercuti kita dapat membebaskan diri daripada kebiasaan hidup buat seketika.
Malah, tidak dapat dinafikan bercuti juga salah satu terapi untuk menenangkan fikiran dan menangani stres.
Di Malaysia, Langkawi pasti termasuk dalam senarai tempat bagi pelancong mahupun warga tempatan sendiri sebagai destinasi “short escape”.
Menurut portal Conde Nast Traveler, Langkawi kini muncul sebagai antara destinasi pelancongan utama di Asia pilihan pembacanya.
Pulau legenda yang terkenal dengan kisah Mahsuri itu telah diundi di kedudukan kedua dalam senarai “Top Islands: Reader’s Choice Awards 2025”.
Dengan markah sebanyak 92.99, Langkawi hanya diundi di belakang Pulau Phú Quốc di Vietnam yang memperoleh markah sebanyak 95.51.
Lebih membanggakan lagi apabila Pulau Langkawi berjaya menandingi dua buah pulau yang terkenal iaitu Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Di kedudukan ketiga dan keempat pula ialah Pulau Koh Samui, Thailand dengan markah 92.7, manakala Pulau Boracay, Filipina mencatat markah sebanyak 90.54.
Palawan di Filipina dinobatkan sebagai pulau kelima terbaik dengar skor 90.23, diikuti dengan Pulau Bali, Indonesia yang menyusul rapat dengan markah 89.84.
Manakala Pulau Siargao, satu lagi permata dari Filipina, berada di tempat ketujuh dengan skor sebanyak 85.49.
Tidak ketinggalan, Kepulauan Andaman di India mencatat skor 85.33, diikuti dua destinasi percutian ikonik Thailand iaitu Phuket (84.62) dan Kepulauan Phi Phi (83.27) yang terus memikat pelancong dengan keindahan pantai dan suasana tropika yang menenangkan.

Sumber: Conde Nast Traveler