Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun sebanyak RM2,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Memetik daripada laporan berita Sinar, Ketuan Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Dalam satu kenyataan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu memaklumkan bahawa Annuar telah menerima kompaun tersebut dan akan menjelaskan secepat yang mungkin.
Kompaun tersebut dikenakan susulan isu kunjungan Annuar ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pada Sabtu lalu.
Sumber: Sinar Harian