Gambar: TikTok @optikpati

“Lamaran Paling Minimum,” Tular Lelaki Lamar Kekasihnya, Siap Bawa Motosikal Sebagai Hadiah

Nadhirah

Sebuah video tular dengan jumlah tontonan 1.4 juta memperlihatkan situasi di mana seorang lelaki di Pati, dari Jawa Tengah melamar calon isterinya dengan memberikan sebuah motosikal, memetik laporan Suarajawatengah.id.

Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @OptikPati. Melalui perkongsian video itu dapat dilihat motosikal yang dibawa oleh lelaki itu diangkut dengan menggunakan sebuah trak.

Menerusi perkongsian video itu juga, dapat dilihat beberapa orang wanita sedang membawa barangan keperluan rumah yang lain.

Video itu dikatakan mendapat perhatian warganet yang kemudiannya meninggalkan komen yang pelbagai. Malah ada yang berharap agar mereka boleh bertemu jodoh dengan orang Pati.

Sumber: Suarajawatengah.id