Bagaimana pekerja-pekerja R&R datang kerja dan balik? Mereka akan ikut laluan mana? Betul ke ada laluan khas untuk pekerja R&R ini?
Lebuh raya memang sinonim dengan kawasan rehat dan rawat (R&R) dan menjadi kunjungan mereka yang melakukan perjalanan jauh untuk rehat, makan dan perkara wajib yang lain.
Seperti yang kita tahu, di setiap R&R ada pekerja yang ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja di sana seperti menjaga kedai makan, tukang cuci dan sebagainya.
Namun, anda tahu tak bagaimana cara mereka hadir dan pulang dari R&R? Mesti tertanya-tanya sebab yang kita tahu, satu-satunya laluan yang ada hanyalah lebuh raya yang ada susur keluar berbeza dari kedua-dua arah.
BACA JUGA: Kisah Hentian R&R, Suami Ingat Isteri Dah Masuk Kereta, Rupanya Bawa ‘Penumpang’ Lain
Menerusi akaun Tiktok Syahir Nordin, dia kongsikan laluan rahsia yang pekerja R&R gunakan sebagai laluan altenatif di lebuh raya Machap, Johor. Melalui video tersebut, dia tunjukkan laluan ‘dalam’ dan tak perlu gunakan lalaun ‘highway‘.
Manakala jika mahu ke seberang pula, iaitu lebuh raya ke arah selatan, terdapat satu terowong bawah yang menghubungkan kedua-dua arah tersebut.
Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah yang telah kami kongsikan.
Sumber: Syahir Nordin