Untuk makluman semua, penutupan sementara laluan ke Istana Link dari arah Pusat Bandar dan dari arah Plaza Tol Loke Yew bagi kedua-dua arah bermula 30 Oktober hingga 4 November 2020 bagi kerja-kerja pembinaan Projek Setiawangsa Pantai Expressway (SPE).
Perkara ini disampaikan menerusi laman Twitter rasmi Info Trafik Besraya sebentar tadi.
Orang ramai yang menggunakan jalan tersebut diminta untuk menggunakan jalan inisiatif yang lain dan diharapakan sentiasa memandu dengan berhati-hati.
Sumber: Info Trafik Besraya