
Buka je socmed pagi ni, penuh dengan timeline netizen duk kongsi cerita masing-masing pasal Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Dari awal sampai habis, meremang bulu roma tengok. Walaupun tanpa kehadiran penonton, tapi dengan set pentas yang dan pemainan cahaya yang sangat international, aura event meresap ke dalam jiwa.
Senang cakap, persembahan artis-artis semalam semuanya berhantu. Satu persatu artis yang tampil di atas pentas menampilkan persembahan memukau di pentas akhir AJL. Persembahan padu daripada Kaka Azraff, Noki dan Loca B telah menjulang lagu Gila sebagai Juara untuk edisi yang ke 35 ini.

Bertambah gempak, penaja event, Sabella turut ‘buat gila’ semalam katanya. Buat gila apa pulak ni?
Sesak dada oiiii, tak habis nafas melayan artis kegemaran masing-masing. Sabella pulak ‘buat gila’ umum ‘Peraduan Menang Sejuta Sabella, Belanja Setiap Hari Menang Setiap Hari’.
Bukan ‘beshe-beshe’ hadiah-hadiah peraduan dianjurkan Sabella bermula dari 14 Mac hingga 31 Julai ni.
Orang tua-tua kata, makan tak habis 7 keturunan ni kalau menang semua hadiah tu. Ni haa kami kongsikan serba sedikit pasal peraduan ni.

Sebelum kami kongsikan hadiah-hadiah yang korang boleh menang, korang kena la tahu dulu cara nak join peraduan ni kan.
Mudah je guys, korang cuma perlu berbelanja untuk memenangi hadiah menarik setiap hari dan berpeluang menjadi Pemenang Finale Sejuta Sabella!.
Beli apa-apa produk Sabella melalui aplikasi Sabella dengan pembelian minimum RM 100 dan 3 pemenang harian wang tunai bernilai RM 500 akan diumumkan keesokan harinya bersama-sama rekaan harian terbaru Sabella.

Tapi sebelum tu, kami nak ingatkan siap-siap, peraduan ni hanya sah untuk pembelian melalui aplikasi rasmi Sabella je tau dan Agen dropship Sabella juga terkecuali.
Hadiah-hadiah yang disediakan oleh Sabella memang mengancam habis. Untuk hadiah harian, korang berpeluang untuk membawa pulang wang tunai RM 500. Sebanyak 420 pemenang bertuah yang dicari dan 3 pemenang akan diumumkan setiap hari.
Untuk hadiah bulanan lagi lah menggiurkan. Sabella mencari 10 pemenang bulanan dan kalau anda salah seorang dari pemenang bertuah, salah satu hadiah kat bawah mungkin menjadi milik korang.
Hadiah Pertama: Pakej Umrah untuk 2 orang bernilai RM 30,000 x 5 pemenang.
Hadiah Kedua: Vespa Primavera x 5 pemenang.
Hadiah Ketiga: Wang tunai RM 10,000 x 5 pemenang.
Hadiah Keempat: Yamaha 150ZR x 5 pemenang.
Hadiah Kelima: iPhone 12 Pro x 10 pemenang.
Hadiah Keenam: Smart Tv 65’’ x 10 pemenang.
Hadiah Ketujuh: iPad Air x 10 pemenang.
Memang Sabella belanja habis kalau tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Tapi, hadiah yang paling dinanti-nantikan tentunya Pemenang Finale Sejuta Sabella! kan.
Perghhhh, dupp dapp dupp dapp jantung tak sabar nak tahu apa hadiahnya.
Untuk Pemenang Finale Sejuta Sabella!, 6 pemenang paling bertuah diantara yang bertuah yang dicari dan hadiah-hadiahnya adalah:
Hadiah Pertama: Wang Tunai RM 100,000 x 1 pemenang.
Hadiah Kedua: Proton X50 x 1 pemenang.
Hadiah Ketiga: Proton Iriz x 1 pemenang.
Hadiah Keempat; Pakej Melancong Ke Korea Selatan x 2 pemenang.
Hadiah Kelima: Barang Kemas bernilai RM 8,000 x 1 pemenang.
Wow, memang berbaloi sangat-sangat. Bayangkan korang cuma belanja minimum RM 100 je, tapi hadiah yang korang dapat sampai RM 100,000!
Ni haa kami nak kongsi tips macam mana nak menang, makin banyak dan kerap korang beli produk Sabella, makin tinggi la peluang korang nak menang. Okay.

Tapi yang paling penting syaratnya korang kena buat pembelian melalui aplikasi rasmi Sabella sahaja. Muat turun aplikasi Sabella disini.
Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sabellaapp.sabella.eccommerce
Appstore: https://apps.apple.com/us/app/id1551392702
Jadi tunggu apa lagi, muat turun sekarang dan berbelanja sakan, minimum RM 100 untuk terpilih jadi pemenang harian, bulanan dan Finale ‘Peraduan Menang Sejuta Sabella, Belanja Setiap Hari Menang Setiap Hari’.
Untuk maklumat lanjut, layari facebook dan website Sabella.
*Peraduan tertakluk kepada terma & syarat.