Malaysia E.L.F Sedia Gegar Axiata Arena, 3 Hari Lagi

Lagi Tiga Hari, Malaysia ELF Tak Sabar Tunggu Konsert “Oppa” Super Junior Di Bukit Jalil

Shafikah

Lagi Tiga Hari, Malaysia ELF Tak Sabar Tunggu Konsert “Oppa” Super Junior Di Bukit Jalil

Penantian peminat kumpulan K-pop terkenal Super Junior bakal berakhir apabila konsert mereka dijadualkan akan berlangsung dalam tempoh tiga hari lagi di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert ini adalah konsert pertama mereka di Malaysia sejak 2013.

Bertemakan ‘SUPER SHOW 9: ROAD’, Super Junior sebelum ini telah pun mengadakan konsert di seluruh dunia termasuk Jakarta dan Singapura. Manakala, ini adalah kali pertama konsert mereka diadakan di Malaysia selepas kali terakhir diadakan pada 2013.

Difahamkan, tiket konsert mereka telah dijual secara atas talian bermula 9 September lalu melalui Book My Show dengan harga bermula daripada RM 288 hingga RM898 bagi setiap kategori. Tiket-tiket tersebut difahamkan hampir terjual semuanya sehingga ada beberapa peminat tidak dapat membeli tiket mereka mengikut kategori yang di inginkan.

Melalui laman sesawang media sosial Instagram dan Tiktok, penganjur konsert tersebut iaitu Star Planet Malaysia telah berkongsi satu video ucapan anggota kumpulan berkenaan dan persiapan mereka untuk konsert tersebut. Ia sekaligus membuat rata-rata peminat mereka semakin teruja dan tidak sabar menanti tarikh 10 Oktober ini.

Malaysia E.L.F Sedia Gegar Axiata Arena, 3 Hari Lagi
Kredit: starplanetmy/ Star Planet

Pihak peganjur turut menjanjikan akan mengadakan persembahan pentas menakjubkan untuk persembahan lagu seperti Mr. Simple, Devil, Black Suit, Sorry Sorry dan beberapa lagu hit seperti lagu terbaru mereka yang bertajuk Mango.

Kehadiran kumpulan berkenaan pasti dinanti-nanti oleh seluruh peminatnya di Malaysia. Jadi Malaysia E.L.F, adakah anda sudah bersedia melihat kemunculan Super Junior di atas pentas Bukit Jalil Axiata Arena Isnin ini?

BACA: Hanya Satu-satunya Di Dunia, Kereta “Rare” Proton Stevens Cipher Coupe Nak Dijual Di UK

Sumber: The Seoul Story