Kredit: Mint

Lagi Kes Varian Omicron Dilaporkan Di India, Keseluruhan 33 Kes

Nur Adnin

NEW DELHI, 11 Dis (Bernama) — New Delhi pada Sabtu merekodkan kes kedua COVID-19 varian Omicron membabitkan kes import dari Zimbabwe, menurut Jabatan Kesihatan bandar raya itu.

Berdasarkan rekod perjalanan pesakit itu, dia pernah mengunjungi Afrika Selatan baru-baru ini, lapor Xinhua.

Pesakit itu kini dirawat di Hospital Lok Nayak Jai Prakash Narayan (LNJP).

Sebanyak 27 penjujukan genom telah dilakukan di LNJP melibatkan pengembara asing, 25 daripadanya didapati negatif manakala dua positif varian Omicron.

Dengan kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Omicron di India sebanyak 33.

Sumber: BERNAMA