lagi gempa bumi
Kredit: MetMalaysia
Tiada Kategori

Lagi Gempa Bumi Di Segamat

Sofea

Lagi Gempa Bumi Di Segamat

Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi pada jam 7.29 pagi tadi dengan gegaran lemah 2.7 magnitud.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata gempa itu berpusat di 2.5° Utara dan 102.8° Timur pada kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Segamat. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

Ini merupakan siri gempa bumi keenam yang berlaku di negeri tersebut.

BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor, Malaysia

Sebelum ini, gempa 4.1 magnitud juga berlaku di situ pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian terbabit.

Sementara itu, Penyelaras Program Pengurusan Bencana dan Pensyarah Kanan di ELMU University Dr Rabieahtul Abu Bakar berkata usaha pemetaan semula dan pemantauan terhadap sesar aktif serta sesar purba di Semenanjung perlu dilakukan.

Menurutnya, antara kawasan yang wajar diberi perhatian ialah Sesar Mersing, selain beberapa sesar purba seperti Bukit Tinggi, Bentong-Raub dan Kenyir, lapor Bernama.

Kajian menyeluruh terhadap sesar-sesar ini perlu melibatkan penggunaan teknologi terkini termasuk pemetaan 3D serta zonasi mikroseismik bagi mengenal pasti tahap risiko sebenar di kawasan berkenaan.

“Rangkaian seismometer berkepekatan tinggi serta teknologi GNSS (Global Navigation Satellite System) dan InSAR (Interferometric Synthetic Aperture Radar) perlu digunakan bagi mengesan deformasi mikro pada kerak bumi, terutamanya dalam konteks mikrozonasi kawasan bandar seperti yang disarankan oleh pakar seismik.

“Selain itu, peta bahaya seismik negara dan parameter reka bentuk struktur bangunan perlu dikemas kini. Nilai aksi hantaran puncak (PGA), misalnya harus dikemas kini berdasarkan data kejadian Segamat 2025,” katanya

Sumber: Malaysian Meteorological Department

BACA JUGA: Johor Digegar Gempa Bumi Lagi, Kali Ini 3.2 Magnitud