
Lagi 3 Jam Hospital Al-Quds Akan Lumpuh Sepenuhnya – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin
Hospital Al-Quds di Gaza berdepan penutupan operasi dalam masa tiga jam susulan bekalan bahan api dan bantuan dilaporkan tidak kunjung tiba.
Perkara itu dikongsikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menerusi hantaran mereka di laman X (@PalestineRCS) pada pukul 6.05 pagi tadi.
Selain itu, seramai 500 pesakit yang cedera dilaporkan terpaksa dinafikan daripada mendapat rawatan perubatan susulan masalah itu.
Pesakit yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bayi yang berada di dalam mesin inkubator juga berkemungkinan tidak akan dapat diselamatkan.
“Hospital Al-Quds berisiko ditutup dalam masa tiga jam akan datang kerana kehabisan bekalan bahan api dan bantuan tidak kunjung tiba.
“500 pesakit yang cedera akan dinafikan daripada menerima rawatan perubatan. Mereka yang berada di ICU dan bayi dalam inkubator akan kehilangan nyawa.” tulis muat naik tersebut di laman X.
Sehingga berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada hospital tersebut telah pun lumpuh sepenuhnya atau pun masih lagi beroperasi.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Sumber: X/@PalestineRCS