ladang ganja terbakar
Gambar: Matichon

‘Ladang’ Ganja Terbakar, Penduduk Sekitar “High” Terhidu Asap

Iqbal Yasir

‘Ladang Ganja’ Terbakar, Penduduk Sekitar “High” Terhidu Asap

PATTAYA — Sebuah ladang ganja dilaporkan terbakar di Pattaya, Thailand pada malam Khamis, lapor mustsharenews.com.

Difahamkan, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam, lapor Matichon, media tempatan.

Susulan itu, pasukan kecemasan, termasuk polis tempatan, pegawai bantuan bencana, dan penyelamat sukarela, telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

Pasukan bomba bertindak pantas dengan trak air berjaya mengawal kebakaran dan mengelakkannya daripada merebak ke bangunan lain.

Kebakaran mengambil masa lebih daripada setengah jam untuk api dipadamkan sepenuhnya, dengan anggaran kerugian dianggarkan sekitar 200,000 baht (RM26,292).

Walau bagaimanapun, kepulan asap yang tercetus daripada kebakaran itu menyebabkan penduduk sekitar berasa pening atau mengalami sakit kepala termasuk ketawa tanpa henti atau mata menjadi merah.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat insiden berkenaan.

Terdahulu pada tahun 2022, Anggota Pasukan Petugas (Satgas) Batalion Keselamatan di sempadan Yonif 126 Kala Cakti telah menemui sebuah ladang ganja yang berkeluasan 400 meter di Kampung Waris, daerah Keerom, Papua.

Komander Pasukan Petugas Batalion Yonif 126 Kala Cakti, Lt. Kol Inf Dwi Widodo menjelaskan, ladang ganja itu ditemui selepas anggota Pasukan Petugas Batalion Yonif 126 Kala Cakti Pamtas melakukan serbuan ke atas Trans Jayapura- Jalan Wamena.

BACA: 200 Kali Ganda Lebih Kuat Dari Logam, Malaysia Bakal Jadi Negara Pertama Hasilkan Graphene, Dibuat Dari Sisa Sawit

“Kami menjumpai dua orang sedang menunggang motosikal, dan apabila kami periksa dalam kotak kenderaan itu kami telah menjumpai beberapa bungkus ganja kering,” Dwi Widodo.

Daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan, pelaku mengakui ganja yang dibawa itu dituai di salah sebuah kebun milik penduduk di tengah hutan bersempadan dengan negeri Papua New Guinea.

“Kawasan itu berkeluasan lebih kurang 400 ratus meter persegi ya, itu kawasan komuniti, nampaknya sudah lama kawasan itu menjadi ladang ganja di Papua,” tambahnya.

Berdasarkan maklumat tersebut, anggota Batalion Yonif 126 Kala Cakti menjalankan siasatan dan mereka berjaya menemui ladang ganja tersebut di tengah-tengah kebun penduduk.

Ketinggian pohon ganja yang ditanam di kawasan seluas 400 meter persegi itu dianggarkan mencapai 2 hingga 3 meter.

Menurut laporan, kesemua pokok ganja tersebut kemudiannya disita dengan mencabut dan dibawa ke pos Pasukan Petugas Pamtas Pos Waris.

Sumber: mustsharenews.com, Matichon

BACA: Kes Bunuh Peniaga Wanita: Suspek Direman Tujuh Hari