Masalah mulut berbau atau Halitosis sememangnya boleh menjejaskan keyakinan seseorang untuk bercakap dan bergaul dengan orang ramai.
Namun, ada juga yang tidak sedar mempunyai masalah mulut berbau ini sehingga menyebabkan orang sekeliling tidak selesa.
Mungkin dilihat remeh bagi sesetengah orang namun anda mungkin akan dijauhi oleh rakan-rakan di tempat kerja, kampus atau di sekolah.
Tapi jangan risau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter berkongsi mengenai cara-cara untuk menghindari mulut berbau.
Ikuti senarai di bawah ini.
Gosok lidah setiap kali memberus gigi
Flos gigi sehari sekali
Guna pencuci mulut yang disyorkan oleh doktor gigi
Bersihkan gigi palsu setiap hari
Elak mulut kering dengan minum air yang mencukupi
Kurangkan makanan yang berbau kuat
Elak rokok dan alkohol
Lakukan rawatan penskaleran dan tampalan
Lakukan pemeriksaan gigi di klinik 6 bulan sekali
Berus gigi 2 kali sehari
Sumber: KKMPutrajaya