Kunyah Tapi Rasa Kenyal Lain Macam, Rupanya Makan Samosa ‘Berinti’ Cicak
Sebuah video yang memaparkan kejadian menjijikan penemuan bangkai seekor cicak di dalam inti samosa tular di media sosial India.
Kejadian menjijikan itu dikatakan berlaku di daerah Hapur di Uttar Pradesh, India semasa seorang lelaki dan anak perempuannya sedang menjamah juadah gorengan tersebut.
Memetik Ary News, lelaki yang dikenali sebagai Manoj Kumar itu pada awalnya telah meminta anak perempuannya itu untuk membeli samosa di kedai manisan tempatan.
Sewaktu anak perempuannya yang berusia 13 tahun sedang menikmati gorengan tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil dan kenyal di mulutnya bersama dengan isi ubi kentang.
Hairan dengan apa yang dimakannya, gadis itu kemudian membeleh semula inti samosa tersebut sebelum menemui bangkai cicak didalamnya.
Merasa terkejut melihat juadah yang sudah tercemar itu, perkara berkenaan kemudian segera dimaklumkan kepada bapanya.
Memetik laporan Ary News lagi, ayah kepada gadis itu terlebih dahulu menikmati samosa berkenaan beberapa ketul.
Selepas mengetahui penemuan tersebut, mereka tidak lagi dapat menahan rasa mual dan geli. Bahkan, mereka sedaya upaya cuba memuntahkan kembali juadah samosa yang sudah ditelan.
Dalam video perkongsian yang tular, lelaki itu dilihat cuba memuntahkan semula makanan yang tercemar itu di tepi sebuah jalan.
Mereka turut sempat merakam keadaan samosa itu yang menampakkan secara jelas keadaan inti yang bercampur dengan bakai cicak. Video berkenaan kemudian dikongsikan di media sosial dan pantas menjadi viral.
Kecewa dengan kualiti makanan yang dibeli, perkara berkenaan kemudian diadukan kepada polis dan pegawai jabatan makanan.
Mereka turut hadir semula ke kedai yang menjual samosa itu bagi menuntut penjelasan.
Bagaimanapun, pemilik kedai itu menafikan penemuan cicak itu dan dia mendakwa inti berasaskan kentang itu diletak sendiri dalam samosa menggunakan tangan.
Dalam pada itu, anak perempuan kepada lelaki itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah dan mual.
Keadaan gadis itu bagaimanapun dikatakan berada dalam keadaan stabil.
Selepas aduan tersebut dibuat, lelaki itu kemudiannya mendakwa bahawa pegawai yang bertanggungjawab tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemilik kedai.
Polis menyangkal dakwaan itu dan berkata bahawa kes itu telah didaftarkan untuk tujuan siasatan lanjut.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Sumber: Ary News