
Kita kan dah lama ‘tak ke mana-mana’ sejak awal tahun lepas lagi. Baru-baru nilah kerajaan dah benarkan banyak kelonggaran, antaranya boleh rentas daerah, boleh ‘dine-in’ kat restoran, boleh berkelah di pantai, tengok wayang dan banyak lagi.
Bercakap pasal tengok wayang ni, tak semua yang ‘rajin’ nak ke pawagam. Betul tak? Ada yang lagi selesa tengok movie kat rumah je. Pulak tu, ada macam-macam cara dah sekarang untuk kita tengok movie.
Ada yang suka tengok melalui phone je sebab senang. Ada yang jenis suka gempak-gempak gitu, diorang lagi gemar layan movie kat PC atau TV. Ikutlah mana pun, asalkan bila tengok movie ni boleh isi masa lapang dan tambah mood.
Korang pulak, macam mana cara korang tengok movie? Boleh tak nak mintak share cara-cara korang tengok movie dalam kuiz kat bawah ni? Manalah tahu, cara korang tengok movie tu ada kaitan dengan mood ke, makanan ke, kan?
Jom jawab kuiz ni. Let’s go!
Quiz Maker – powered by Riddle
Hah! Korang ok tak dengan kuiz personaliti tadi? Rasanya masing-masing puas hati tak dengan jawapan? Serius cakap, kaki-kaki movie macam korang ni memang power.
Korang boleh layan sesuatu movie ikut style korang. Cara tengok movie tu sendiri yang bina mood korang sendiri. Dan yang lagi best, mood & personaliti korang siap boleh relate dengan burger McD! So bila pulak tu nak makannya?

Macam yang kami cakap tadi, ketiga-tiga burger McD ni teramat-amat sesuai dimakan waktu korang syok melayan movie kegemaran masing-masing. Tak payah pandang popcorn lagi dah. Burger lagi best tau! Sebab apa?
Dah la tengok movie sentimental, klasik, layan pulak McChicken #YangKlasik, fuh..rasa macam mengimbau zaman dulu-dululah. Menu simple je, tapi nostalgia tu memang menyentuh betul!
Suami isteri yang suka tengok movie romantik je tahu macamana feelnya rasa cinta tengah hangat berputik. Patutnya time ni la korang kena makan Spicy Chicken McDeluxe #YangHangat, barulah menggoda gitu!
Apa barang layan movie aksi ganas, gempak, thriller level 18SG tapi tak makan GCB #YangGempak? Hilanglah feel gempak dalam movie tu. Jangan begitu brader. Kita kasi ‘sengat’ sama GCB…barulah gempak!
Jadi korang dah faham kan apa yang kena buat? Tak payah buang masa lagi. Sekarang jugak korang kena cari tiga burger power ni kat mana-mana restoran McD yang terdekat.
Kalau susah atau tak sempat nak keluar (yelah tengah fokus tengok movie kan?), tak payah pening-pening. Order je kat McDelivery. Benda senang buat apa buat susah?
Hah jangan lupa jugak follow Facebook, Instagram, dan laman web McD Malaysia untuk ketahui promosi-promosi terkini. Ingat weh, walaupun jiwa kita KLASIK, tapi semangat mesti mau HANGAT. Barulah hidup ada GEMPAK!