Seekor kucing yang dinamakan Oscar dilaporkan telah ‘dicuci’ dalam mesin basuh selama 12 minit selepas dia dikatakan tidur di dalamnya.
Pemiliknya di Pantai Sunshine di Queensland mengatakan bahawa seperti terdengar suara Oscar selepas suaminya memasukkan cadar ke dalam mesin basuh berkenaan. Dia menyangkakan suara tersebut datangnya dari almari dan terus beredar dari situ.
Ketika pemiliknya kembali, dia sangat terkejut apabila melihat Oscar berada di dalam mesin basuh. Sangat tragis ketika melihat Oscar meletakkan tangannya pada bahagian pintu mesin basuh yang berkaca ketika mesin berkenaan sedang berpusing dan memandang dirinya.

Pemilik itu terpaksa menunggu selama dua minit untuk mesin itu berhenti sebelum membuka pintu mesin basuh dapat dibuka dan Oscar dapat dikeluarkan.
Dia kemudiannya telah menelefon doktor haiwan bagi mengenalpasti keadaan kucingnya. Terdapat beberapa kesan lebam pada badan Oscar kerana terkena bahagian keras di dalam mesin. Oscar telah diberikan ubat termasuk anti-radang dan tinggal di latihan veterinar selama 24 jam sebelum dibenarkan pulang.
Selepas dibawa pulang, Oscar telah tidur dengan nyenyak selama 7 hari berikutnya. Keadaan Oscar sangat baik selepas pemulihan selama seminggu.

Bagi Oscar, penderitaan tu nampaknya tidak menghentikannya dari menjelajah di sekitar mesin basuh. Pemiliknya mengatakan, Oscar akan duduk di sana dan memerhatikannya sepanjang masa.
Sumber: www.abc.net.au