Misteri kubur yang digali dan kehilangan tujuh jenazah pesakit COVID-19 di Kota Parepare, Sulawesi Selatan akhirnya terbongkar.
Menurut Tribun News, pegawai polis telah menahan seramai enam orang yang disyaki telah mencuri semua jenazah itu.
Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Selatan, Kombes Pol E Zulpan mengatakan bahawa keenam-enam individu yang ditahan merupakan suspek dalam kejadian tersebut.
Gambar Via Tribun News“Mereka telah dinamakan sebagai suspek,” katanya.
Motif perbuatan itu dikatakan adalah disebabkan oleh amanah dari keluarga jenazah agar dimakamkan di tempat lain.
Salah seorang ahli keluarga mengaku bermimpi bertemu dengan mangsa COVID-19 yang meninggal itu dan mendakwa bahawa mangsa berpesan agar kuburnya dipindahkan.
“Dibebani oleh amanat, mereka menggali dan mengambil jenazah itu,” kata polis.
Gambar Via Tribun NewsSuspek pula mempunyai peranan masing-masing termasuk tukang cangkul.
Jelas polis lagi, suspek juga mempunyai kaitan dengan salah seorang jenazah yang dicuri.
Sebelum ini, penduduk di Parepare gempar dengan kehilangan jenazah pesakit COVID-19 di perkuburan perkampungan Lemoe.
Terdapat beberapa kubur yang dibongkar dan hanya tinggal keranda sahaja.
Sumber: Tribun News