kubur besar mangsa perang afghanistan
Gambar: tangkap layar video

Kubur Besar & Longgokan Tulang Mangsa Perang Ditemui, Rakyat Afghanistan Tuntut Keadilan

Nurhanis

Rakyat Afghanistan mencetuskan seruan keadilan selepas penemuan longgokan rangka tulang di sebuah kubur besar di Kandahar ekoran mengimbau kembali sejarah yang berlaku semasa era penguasaan Amerika Syarikat (US).

Lapor Arab News, lokasi penemuan kubur itu merupakan tempat berlakunya pertempuran sengit antara tentera kerajaan yang disokong Barat dengan pejuang Taliban pada kira-kira dua dekad yang lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, sekumpulan penduduk kampung berkumpul di sekeliling timbunan tulang yang dikatakan merupakan 12 mayat mangsa-mangsa terkorban dalam pertempuran 20 tahun lalu.

Timbalan Jurucakap Taliban, Bilal Karimi berkata kewujudan kubur itu dikesan sudah wujud di Afghanistan sejak dari lapan atau sembilan tahun yang lalu, di mana kawasan tersebut berada di bawah kawalan bekas pentadbiran terdahulu.

Sumber: tangkap layar video

“Pada ketika ini, siasatan sedang dijalankan terhadap penemuan mayat (rangka tulang) yang telah kita jumpa,” tambahnya semasa bercakap mengenai kubur itu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Strategik dan Serantau, Kabul Hekmatullah Zaland berkata dua dekad lalu telah menyaksikan tokoh tentera yang berkuasa melakukan hak asasi manusia yang teruk dan pelanggaran undang-undang untuk mengekalkan kuasa.

“Atas nama keselamatan, ramai orang yang tidak bersalah dibunuh di selatan (Afghanistan) dengan cara yang hanya diketahui oleh mereka yang melakukan kekejaman itu.

“Kubur yang diterokai baru-baru ini di Kandahar mungkin hanya satu contoh daripada banyak kejadian seluruh di seluruh negara,” kata Zaland memetik Arab News.

Ujarnya, hanya keadilan sahaja yang yang boleh menyembuhkan beberapa luka di Afghanistan dan keluarga mangsa-mangsa terlibat.

Penyeksaan dan penculikan wujud sejak peperangan

Menceritakan mengenai peperangan, jurucakap pegawai Taliban berkata, Jeneral Abdul Raziq merupakan ketua polis Kandahar dan terkenal dengan sikapnya yang garang terhadap Taliban.

Beliau didakwa pernah terlibat dalam penyeksaan dan penculikan semasa pentadbiran kerajaan terdahulu namun akhirnya mati dibunuh pada 2018.

Sementara itu, Abdul Kabir Mukhlis yang merupakan salah seorang penduduk tempatan yang hidup pada zaman itu berkata terdapat banyak penculikan, orang hilang dan pembunuhan berlaku di Kandahar.

“Saya tidak boleh pergi ke mana-mana di bandar ini. Saya telah melihat banyak kejadian seperti itu. Kawan saya hilang, mereka dibunuh,” katanya lagi.

Mukhlis menyeru Taliban supaya membawa pelaku-pelaku kezaliman ke muka pengadilan, terutamanya mereka yang masih berada di negara itu.

Untuk rekod seperti yang dilapor dalam Laporan Kos Perang oleh Universiti Brown, lebih 47,000 orang awam dan sekitar 66,000 askar serta pegawai polis Afghanistan direkodkan terkorban dalam konflik pasca 2001.

Sumber: Arab News