
Kuantiti Air Tasik Ayer Keroh Kini Berkurangan Akibat Cuaca Panas Melampau
Tinjauan Bernama mendapati kuantiti air Tasik Ayer Keroh, di Melaka pada hari ini berkurangan dipercayai berpunca dari keadaan cuaca panas melampau susulan fenomena El-Nino.
Difahamkan, tasik tersebut berada di dalam daerah Melaka Tengah dan terletak berdekatan dengan kawasan perlancongan iaitu, Zoo Melaka. Oleh sebab itu, kawasan persekitaran sungai itu telah menjadi kawasan tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama-sama.
Secara lazimnya, banyak keluarga akan beriada di kawasan ini, sama ada pada waktu petang mahupun waktu hujung minggu.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan berkenaan keadaan cuaca terkini di Malaysia.
Berdasarkan kenyataannya, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.
Berita lanjut bakal menyusul
BACA: Google Malaysia Mohon Maaf Atas Kesilapan Nilai Tukaran USD-MYR
Sumber: Bernama via X