Gambar via Bernama

KTM Laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim Lewat 60 Minit

Faiz Mustafa

KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim dilapor mengalami kelewatan 60 minit akibat gangguan perkhidmatan.

Menurut kenyataan KTM Berhad (KTMB) yang dikeluarkan pada 8:42 pagi tadi, kelewatan tersebut disebabkan gangguan teknikal yang berlaku di Stesen Klang.

“Ekoran masalah teknikal di Stesen Klang, tren KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim mengalami kelewatan selama 60 minit.

“Untuk info lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.

“Terima kasih atas kesabaran anda,” maklum kenyataan tersebut sebentar tadi.

Sumber: KTMB