Kronologi Kes Bunuh Zulfarhan
PUTRAJAYA, (Bernama) — Mahkamah Rayuan semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), kerana membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas.
Berikut merupakan kronologi kes pembunuhan Zulfarhan:
1 Jun 2017
Zulfarhan, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang dengan kesan lebam dan melecur di badan.
Polis menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bagi membantu siasatan.
2 Jun 2017
5 Jun 2017
9 Jun 2017
14 Jun 2017
Seramai 19 penuntut UPNM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Zulfarhan.
Enam daripada mereka didakwa atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan.
15 Sept 2017
27 Okt 2017
10 Nov 2017
13 Nov 2017
8 Dis 2017
29 Jan 2018
8 Julai 2019
31 Julai 2019
Mahkamah Tinggi perintah 18 penuntut UPNM untuk membela diri terhadap tuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan, manakala seorang lagi penuntut universiti sama dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa.
1 April 2021
8 April 2021
28 Julai 2021
30 Sept 2021
2 Nov 2021
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut UPNM selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi 12 lagi penuntut universiti sama selepas didapati bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan.
3 Nov 2021
17 April 2024
14 Mei 2024
16 Mei 2024
23 Julai 2024
Enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan kerana membunuh Zulfarhan.
Mahkamah itu turut mengetepikan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Nov 2021 terhadap keenam-enam tertuduh, selepas meminda pertuduhan membunuh Zulfarhan kepada menyebabkan kematian tanpa niat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Mahkamah juga mengetepikan hukuman penjara tiga tahun dan menggantikannya dengan penjara empat tahun ke atas 12 lagi bekas penuntut universiti sama, kerana mencederakan Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba.
Sumber: BERNAMA