Kementerian Pendidikan Sri Lanka mengarahkan pada Sabtu lalu untuk melaksanakan penutupan sekolah di Colombo pada minggu ini kerana sedang bergelut dengan krisis kekurangan bahan api yang teruk yang menjejaskan pengankutan darat seluruh negara hampir terhenti.
Difahamkan, Sri Lanka telah menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948 dulu lagi, kejatuhan mata wang asing untuk membiayai import barangan keperluan termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api sejak tahun lalu.
Mememtik Arab News, stok bekalan petrol dan diesel sedia ada bakal habis dalam beberapa hari sahaja lagi.
Negara yang mempuntai 22 juta orang penduduk itu gagal untuk membayar hutang asing berjuta-juta dolar pada bulan lepas hingga kadar inflasi telah mencecah 40 peratus.
Meskipun pihak kementerian bekalan tenaga telah umumkan bahawa tiada bekalan untuk barangan seperti petrol dan diesel tiada bekalan sekurang-kurang dalam tempoh tiga hari, tetapi masih ada ratusan ribu pengguna yang beratur beberapa kilometer untuk dapatkan bekalan.
Ketika kegawatab ekonomi semakin meruncing, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa sekolah-sekolah di ibu egara akan ditutup selama sekurang-kurangnya seminggu merujuk kepada kesukaran pengankutan akibat krisis bahan api semasa.
“Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa semua sekolah swasta yang diluluskan kerajaan di bandar Colombo akan ditutup untuk minggu depan (minggu ini),” memetik pekeliling yang dihebahkan kementerian, lapor Arab News.
Pendidikan secara atas talian adalah sebagai ganti sesi pembelajaran di sekolah buat masa ini dan pihak yang berkaitan dalam sektor pendidikan akan melaksanakan mesyuarat pada Sabtu ini untuk memutuskan langkah seterusnya berkaitan aktivti akademik.
Pengumuman itu dibuat selepas kementerian pentadbiran awam pada Jumaat mengarahkan penutupan pejabat dan sekolah kerajaan di seluruh negara kerana kekurangan bahan api.
Awal minggu lalu, kerajaan telah meluluskan tempoh empat hari seminggu bekerja untuk para pekerja di sektor awam dalam usaha untuk menjimatkan bahan api.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan berkata bahawa sekolah yang berada di luar Colombo tidak terlalu terjejas dengan pengankutan jalan raya seperti di ibu negara boleh meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.
Guru-guru di ibu negara juga menzahirkan rasa kerana para pelajar mereka akan hilang bahagian penting dalam sesi pembelajaran dan tidak semua pelajar akan mampu mengakses pendidikan secara atas talian.
BACA: Harga Terus Jatuh, Pelabur Bitcoin Kerugian Lebih RM 32 Bilion Dalam Masa Tiga Hari
Sumber: Arab News