Sehingga kini, kapal selam KRI Nanggala-402 tidak ditemui lagi namun Ketua Tentera Indonesia telah mengesahkan kapal tersebut sudah tenggalam sejauh 850 meter dalam satu kenyataan media semalam.
Ketinggian tersebut hampir sama dengan bangunan tertinggi di dunia yang menjadi ikon kota Dubai iaitu Burj Khalifa. Ketinggian Burj Khalifa dianggarkan mencapai tinggi 828 meter bersamaan dengan 2 716.4 kaki. Ketinggian bangunan ini adalah tiga kali ganda daripada menara Eiffel di Perancis.

Selain itu, bangunan ini dikatakan dua kali ganda lebih tinggi daripada bangunan Empire State, Amerika Syarikat. Bahkan seperti kita tahu, Burj Khalifa ini juga antara bangunan yang dapat menembusi awan.
KRI Nanggala-402 itu telah membawa seramai 53 anak kapal terdiri daripada 49 kru dan seorang ketua unit dan tiga dari unit bersenjata yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Laut, Hari Oktavianus.
Penyebab utama kapal ini hilang kontak kerana mengalami black out sehingga membuatkan kapal hilang kawalan dan tidak dapat naik ke permukaan.
Sumber: Ayobandung