pemberian baucar buku
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

KPM Laksana Segera Pemberian Baucar Buku, Tingkatkan Komitmen Pupuk Minat Membaca

Nurul Naqiyah

KPM Laksana Segera Pemberian Baucar Buku, Tingkatkan Komitmen Pupuk Minat Membaca

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman pemberian baucar buku sebanyak RM50 kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan RM100 kepada murid sekolah menengah, penuntut di institusi pendidikan tinggi, dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kepentingan memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda. Ia juga selaras dengan usaha berterusan KPM untuk meningkatkan budaya membaca dalam kalangan murid dan pelajar melalui penganjuran pelbagai program galakan di semua peringkat.

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1.Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital. 2.Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing. 3.Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.

4.Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

6. Proses selesai.

Pemberian baucar buku seperti diumumkan YAB Perdana Menteri adalah langkah ke hadapan yang menjadi pencetus kepada melahirkan generasi berilmu, pewaris masa hadapan Malaysia MADANI.