suruhanjaya persaingan malaysia
Tiada Kategori

KPDN Umum Pelantikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Nurul Naqiyah

KPDN Umum Pelantikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan pelantikan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu. Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 25 November 2024 sehingga 24 November 2027, iaitu untuk tempoh tiga tahun. Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan setelah mantan pengerusi iaitu YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkuatkuasa 3 Julai 2024.

YBhg Tan Sri Dato’ Sri Idrus memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan pernah menyandang pelbagai jawatan penting, termasuk sebagai Peguam Negara dengan rekod perkhidmatan selama lebih 40 tahun. Sepanjang kerjaya beliau, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus telah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada 1 November 2025.

suruhanjaya persaingan malaysia

Pelantikan ini dibuat di bawah seksyen 5(1)(a) Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 . Berdasarkan pengalaman luas dan kepakaran yang dimiliki, saya yakin pelantikan beliau akan memastikan kesinambungan usaha pemerkasaan peranan MyCC sebagai salah satu agensi di bawah KPDN.

Selain itu, saya juga berharap beliau dapat membawa hasrat agenda reformasi Kerajaan melalui pindaan Akta Persaingan 2010 untuk memperkasakan lagi kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan MyCC termasuk memperkenalkan rejim penggabungan dan pengambilalihan untuk menghalang pembentukan awal kartel atau monopoli yang bermasalah.

Saya turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, mantan Pengerusi MyCC atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada MyCC dan negara sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.